so... minggu ni setiap kumpulan kena buat presentation......ok. ini hasilnya... semoga anak2 cikgu berjaya. In Sya Allah.
Minggu lepas... bdk2 belajar power point... waaa kemain seronok lagi... link sana... link sini....
so... minggu ni setiap kumpulan kena buat presentation......ok. ini hasilnya... semoga anak2 cikgu berjaya. In Sya Allah.
0 Comments
jom kita belajar......... seronoknya menggunakan kaedah pembelajaran abad ke 21. Buat peta i-think.... PERANTI INPUT, PERANTI OUTPUT DAN PERANTI STORAN.. Murid sedang tekun berbincang dalam kumpulan... eh.. sebok tengok camera pulak dia.... Mari kita tengok hasilnya..... taddaaaaa.......
Seronoknya belajar TMK menggunakan Objek Pembelajaran Digital..... Murid tahun 4..... Hazim.. Amjad.. Haider.. Syukri.. Nizam.. Aiman.. Husna.. Erna.. Puspa.. Syafiq.. Ijat.. Adawiyah.. Alya.. Dina.. Ain.. Siti.. Semoga anak-anak cikgu ini.... berjaya dalam pelajaran... Aamiin.. PERANTI STORAN... KATANYE... =)
Objek pembelajaran digital adalah satu entiti, digital atau bukan digital di mana mempunyai ciri-ciri kebolehgunaan semula iaitu boleh menjadi salah satu bahan rujukan P&P yang berasaskan teknologi multimedia, Barritt & Alderman (2000) mengambil terma butiran (granular) untuk menerangkan konteks OPD yang dirujuk sebagai item yang paling kecil yang terkandung dalam sesebuah kursus atau sesuatu bahan sebaran. Suatu butiran ini boleh dianggap sebagai elemen yang sama dengan sebutir pasir yang membentuk pantai atau suatu blok yang membentuk sebuah bangunan (Hodgins & Conner, 2000). Menurut Dahl dan Nygaard (1966) objek pembelajaran adalah elemen kepada suatu bentuk baru di dalam pengajaran berasaskan komputer yang merangkumi paradigma sains komputer berasaskan objek. Objek pembelajaran ini adalah nilai yang dihasilkan daripada komponen (dipanggil objek) yang mana mempunyai ciri kebolehgunaan semula. Ini merupakan tunjang kepada OPD. Pereka bentuk pembangunan perisian berasaskan komputer boleh membina satu set kecil (merujuk kepada saiz sesebuah kursus) yang mana boleh digunakan semula sebanyak mana yang mungkin di dalam konteks pembelajaran yang berlainan (Hodgins,1994).
Sumber : (http://eprints.utm.my/5995/1/129-SitiNorRahimah.pdf) tema hari guru 2014 : Guru: penjana kreativiti pencetus inovasiSelamat hari guru buat:- ...........Guru-guru Sekolah Tabika Benut (1985) ............Guru-guru SK Sri Benut (1986-1991) .............Guru-guru SMK Benut (1992-1998) ..............Guru/pensyarah MPPM, Melaka (1999-2002_... disini saya dilatih menjadi insan bernama GURU. ...............Guru/pensyarah OUM (2005-2009) .................Guru / Pensyarah UTM (2012-.............) Tidak dilupakan juga kepada semua rakan-rakan guru seluruh Malaysia........ kalian terbaik!!
Sumber : Berita Harian Online (20/11/2013)
3 subjek baru untuk murid Tahun Empat Kuala Lumpur: Mulai tahun depan murid Tahun Empat sekolah kebangsaan akan mula belajar tiga subjek baru, iaitu Reka Bentuk dan Teknologi (RBT), Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Sejarah. Menurut laman web Kementerian Pendidikan, subjek RBT akan menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang membolehkan mereka menyambung pelajaran dalam bidang teknikal atau vokasional di peringkat menengah kelak. Mata pelajaran itu merangkumi teknikal, sains rumah tangga dan teknologi pertanian, selain elemen merentas kurikulum seperti asas keusahawanan, kreativiti dan inovasi serta teknologi maklumat dan komunikasi. Mata pelajaran TMK pula fokus kepada penguasaan ilmu dan kemahiran bersesuaian dengan tahap kebolehan murid sekolah kebangsaan dalam lima modul, iaitu dunia komputer, eksplorasi multimedia, sistem rangkaian dan dunia internet, dunia pangkalan data serta pengaturcaraan. Fahami sejarah negara Peruntukan 60 minit seminggu yang diajar secara bergilir dengan mata pelajaran RBT, TMK diharap dapat membekalkan murid dengan kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran logik, pengurusan maklumat, manipulatif, menaakul serta berfikir secara kreatif, kritis dan berinovasi. Pengenalan mata pelajaran Sejarah pula bertujuan mendidik murid memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat perubahan berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan dalam kehidupan masyarakat. Mata pelajaran itu disusun secara kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal, diikuti dengan kedaulatan dan kemakmuran negara mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai sejarah tanah air dan kegemilangannya. Subjek itu diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai transformasi penambahbaikan kepada kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa. Kursus KSSR dan DSKP Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan kursus yang terakhir untuk Tahun 4 bagi Pejabat Pelajaran Pontian. Dihadiri oleh 82 orang guru dari semua sekolah rendah. Peserta didedahkan dengan input berkaitan pelaksanaan matapelajaran TMK.
Tarikh ; 6 – 9 November 2013 Hari : Rabu – Sabtu Tempat : Pusat Kegiatan Guru (PKG) Benut Majlis Penutup dan penyampaian sujil telah dilaksanakan dengan rasminya pada hari Sabtu ( 9 November 2013 ) oleh Tuan Haji Abd Wahid bin Mohd Yusof |
AdminCikgu Syuhailen Binti Saadon, Maklumat
April 2015
kategori |