Objek pembelajaran digital adalah satu entiti, digital atau bukan digital di mana mempunyai ciri-ciri kebolehgunaan semula iaitu boleh menjadi salah satu bahan rujukan P&P yang berasaskan teknologi multimedia, Barritt & Alderman (2000) mengambil terma butiran (granular) untuk menerangkan konteks OPD yang dirujuk sebagai item yang paling kecil yang terkandung dalam sesebuah kursus atau sesuatu bahan sebaran. Suatu butiran ini boleh dianggap sebagai elemen yang sama dengan sebutir pasir yang membentuk pantai atau suatu blok yang membentuk sebuah bangunan (Hodgins & Conner, 2000). Menurut Dahl dan Nygaard (1966) objek pembelajaran adalah elemen kepada suatu bentuk baru di dalam pengajaran berasaskan komputer yang merangkumi paradigma sains komputer berasaskan objek. Objek pembelajaran ini adalah nilai yang dihasilkan daripada komponen (dipanggil objek) yang mana mempunyai ciri kebolehgunaan semula. Ini merupakan tunjang kepada OPD. Pereka bentuk pembangunan perisian berasaskan komputer boleh membina satu set kecil (merujuk kepada saiz sesebuah kursus) yang mana boleh digunakan semula sebanyak mana yang mungkin di dalam konteks pembelajaran yang berlainan (Hodgins,1994).
Sumber : (http://eprints.utm.my/5995/1/129-SitiNorRahimah.pdf)
Sumber : (http://eprints.utm.my/5995/1/129-SitiNorRahimah.pdf)